04 Mei 2010

NAK SURUH ANAK RETI WALAUPUN DIA TAK RETI

Alhamdulillah, bangunan ini sudah boleh di gunakan [gambar album]

Salam sejahtera,

Kelmarin heboh cikgu pasti tentang seorang murid pasti membawa wang RM80 ke sekolah. Katanya ayah suruh bayar yuran tertunggak. Maka bendahari [simpan dulu wang tersebut] tidak mengeluarkan resit kerana nak pastikan wang tersebut dibawa ke sekolah untuk tujuan apa? Sebelum ini pun ada murid yang membawa wang RM 100 dan talipon bimbit kepunyaan ibubapa.

Keesokan harinya cikgupun berjumpalah dengan si bapa tersebut bertanya tentang wang RM 80 itu. Dengan tidak memandang muka cikgu si bapa menjawab: "Yuran tertunggaklahhhh....." "Encik.... surat yuran tertunggak tidak dikeluarkan pada awal tahun, kalau keluarpun di hujung tahun...." Jelas cikgu. " Aehhh.... suratnya ada..." Kata bapa tersebut. Si bapa pun mengeluarkan surat yang didakwanya itu. "Encikkkk.... ini surat mohon derma, seberapa ikhlas untuk bangunan dan tandas. 80% dah siap, bukan minta RM80" Dengan kemalu-maluan si bapa beredar sambil berkata "Duit tu ambiklahhh"- Terima Kasih.

p/s Klik surat untuk besarkan imej

*Kalau tak reti suruhlah orang lain bacakan.
Mudah-mudahan anaknya akan jadi manusia cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan