29 November 2010

IHTIFAL 2010




17 Jun 2010

SELAMAT BERCUTI


Salam sejahtera,



Cuti ni anak-anak Pasti buat apa agaknya?

Melawat taman buaya Melaka? (Repilika Menara Telekom)
atau Dataran MerdekaKL?


atau KLIA?

Selamat bertemulagi.... TerimaKasih.

16 Mei 2010

MINI SUKAN & HARI GURU

Cikgu Azrin sedang merasmikan karnival

Pasti Pahang telah menganjurkan karnival sukan [Bolasepak & Bolajaring] pada pagi tadi bertempat di kawasan rekrasi Kubang Gajah Temerloh yang dirasmikan oleh Pengarah Pasti Pusat Chikgu Azrin Abd Majid.

Pasti Al Huda mewakili kawasan Bera ke karnival tersebut menghantar pasukan bolasepak dan bolajaring. Dengan keputusan 1menang 2 seri dan 1kalah diperingkat liga bagi kedua2 pasukan Bera tersebut, mereka terpaksa berpuas hati setakat itu sahaja.

Walau bagaimana pun diucapkan jutaan terima kasih kepada pemain,ibu bapa,jurulatih,pengurus, guru yang terlibat serta semua pihak termasuk Fine Art Advertising yang telah menghadiahkan jersi pasukan.

Jumpalagi tahun hadapan - Terimakasih.

Gambar disekitar karnival

04 Mei 2010

NAK SURUH ANAK RETI WALAUPUN DIA TAK RETI

Alhamdulillah, bangunan ini sudah boleh di gunakan [gambar album]

Salam sejahtera,

Kelmarin heboh cikgu pasti tentang seorang murid pasti membawa wang RM80 ke sekolah. Katanya ayah suruh bayar yuran tertunggak. Maka bendahari [simpan dulu wang tersebut] tidak mengeluarkan resit kerana nak pastikan wang tersebut dibawa ke sekolah untuk tujuan apa? Sebelum ini pun ada murid yang membawa wang RM 100 dan talipon bimbit kepunyaan ibubapa.

Keesokan harinya cikgupun berjumpalah dengan si bapa tersebut bertanya tentang wang RM 80 itu. Dengan tidak memandang muka cikgu si bapa menjawab: "Yuran tertunggaklahhhh....." "Encik.... surat yuran tertunggak tidak dikeluarkan pada awal tahun, kalau keluarpun di hujung tahun...." Jelas cikgu. " Aehhh.... suratnya ada..." Kata bapa tersebut. Si bapa pun mengeluarkan surat yang didakwanya itu. "Encikkkk.... ini surat mohon derma, seberapa ikhlas untuk bangunan dan tandas. 80% dah siap, bukan minta RM80" Dengan kemalu-maluan si bapa beredar sambil berkata "Duit tu ambiklahhh"- Terima Kasih.

p/s Klik surat untuk besarkan imej

*Kalau tak reti suruhlah orang lain bacakan.
Mudah-mudahan anaknya akan jadi manusia cemerlang.

24 April 2010

MESYUARAT AGUNG MGP NEGERI

Perwakilan MGP Bera bersama Pn Lita Ari.

Majlis Guru Pasti (MGP)Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan nya pada 17 april 10 yang lalu di PUTRA Balok. MGP Bera telah menghantar 6 orang perwakilan ke mesyuarat tersebut. Puan Lita bt Ari setiausaha MGP Bera telah dilantik sebagai setiausaha MGP negeri. Bertambah lagilah beban kerja nampaknya.

Sama2lah kita majukan PASTI Bera. Maju Bera maju negeri - Terima kasih.

*Banyaknya hadiah... nok sikit......

17 April 2010

LULUS UJIAN

10 pemain lulus ujian penapisan terakhir,selamat berjuang.


Pakcik Adha sedang melatih pemain Bolasepak Pasti Al Huda

26 Mac 2010

Pokok yang menghempap hujung dapur rumah kak leha

Hujan lebat serta ribut yang turun kira2 6.35 petang khamis mengakibatkan beberapa pokok tumbang dan atap rumah penduduk sekitar Padang Luas,Mengkarak dan TokLangit diterbangkan angin.

Antaranya rumah Kak Leha Abang Gafar yang turut tinggal bersama anak beliau Pn Faezah, guru Pasti Al Huda bersama keluarga. Tinjauan OT pagi tadi mendapati berdozen zing bumbung tercabut disamping pokok tumbang.

Difahamkan Pasti Kawasan serta cawangan ada menyumbang derma. Turut hadir menziarahi ialah Sdr. Zaidi Mokhtar Pengarah Pasti Kawasan Bera.