26 Mac 2010

Pokok yang menghempap hujung dapur rumah kak leha

Hujan lebat serta ribut yang turun kira2 6.35 petang khamis mengakibatkan beberapa pokok tumbang dan atap rumah penduduk sekitar Padang Luas,Mengkarak dan TokLangit diterbangkan angin.

Antaranya rumah Kak Leha Abang Gafar yang turut tinggal bersama anak beliau Pn Faezah, guru Pasti Al Huda bersama keluarga. Tinjauan OT pagi tadi mendapati berdozen zing bumbung tercabut disamping pokok tumbang.

Difahamkan Pasti Kawasan serta cawangan ada menyumbang derma. Turut hadir menziarahi ialah Sdr. Zaidi Mokhtar Pengarah Pasti Kawasan Bera.

25 Mac 2010

KELAS BARU


Walaupun belum sempurna, murid pasti yang menumpang sementara di Surau Al Huda telah berpindah ke kelas baru mereka. Tinjauan mendapati kelas tersebut telah ada kemudahan kipas dan lampu. Disamping belum dicat kelas tersebut juga belum di pasang nako. Pasti Al Huda mempunyai lima kelas dengan murid seramai 111 orang dan lima orang guru serta seorang pembantu.

22 Mac 2010

Belakang

Hadapan

kuning hitam macam lebah

Hari ini murid pasti al huda menerima baju sukan yang ibu bapa mereka tempah.Betapa segaknya kuning hitam dengan semangat waja untuk menjadi juara. Sukan pasti bera akan berlangsung pada 17.4.10 - wallahu a'lam.

13 Mac 2010

PRA PEMILIHAN PEMAIN BOLASEPAK & BOLA JARING

Khamis dan jumaat minggu lalu telah diadakan pra pemilihan pasukan bolasepak & bola jaring Pasti al Huda 2010. Beritalanjut menyusul...........



AADK BERA BERSAMA MURID PASTI




10 mac 10 yang lalu Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Bera telah berkunjung ke Pasti Al Huda. Antara aktiviti yang dijalankan ialah;

1- Ceramah anti dadah.
2- Pertandingan Mewarna.
3- Outdoor games.

Lihat foto di bawah ini;-


01 Mac 2010

PERTANDINGAN MEWARNA

Sempena keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. , Warga Pasti Al huda mengadakan pertandingan mewarna pada pagi jumaat lepas.